Senjata api AK-47 (untuk Avtomat Kalashnikova model 1947 g.) adalah
raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan
oleh pembuat senjata Russia Izhmash atau dikenali sebagai [IZH] dan
digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin.
Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan (7.62 x 39 mm M43) serta padat, jarak pendek dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal penyerang (assault rifle) pertama.
Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG 42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing), berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di USSR sebagai perekabentuk teknikal.
AK-47 juga mempunyai reputasi lagenda sebagai tahan lasak, boleh diharap dan mudah baikpulih di lapangan (field maintenance). Disebabkan rekod ini dan kas penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Russia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya dikebanyakan Negara Ketiga.
Senjata Lagenda
Senapang ciptaan Kalashnikov memang bukan sekadar senjata. Tetapi sudah menjadi lagenda. Tambang emas, lambang kebebasan dan kekerasan, bahkan lambang kematian yang membabi buta. Senjata itu juga telah mengubah cara berperang tentera Soviet.
Harga senjata jenis AK-47 juga sangat murah. Mungkin sama nilainya dengan harga sebotol brandi bermutu tinggi. Senjata ini boleh digunakan bila-bila dan dimana saja, dipadang pasir malah didalam hutan yang basah dan dipenuhi lumpur.
Ada berbagai cerita mengenai kehebatan senjata ini. Walaupun sudah terkubur atau terendam dalam lumpur, namun tetap masih berfungsi dan digunakan semula. Ada cerita mengenai bagaimana AK-47 boleh 'dihidupkan' semula hanya dengan memasukkan beberapa batu kerikil ke dalam larasnya menggunakan batang pembersih.
Avtomat Kalashnikova model 1947 g.

0 komentar:
Posting Komentar